Thursday, December 9, 2010

awal muharram


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.

Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Wednesday, June 30, 2010

Baulu

Bahan-Bahan:

10 biji telur
600 gm tepung gandum
300 gm gula
Sedikit minyak (untuk sapuan pada acuan)

Acuan baulu cermai


Cara:

Pukul telur dan gula hingga naik. Setelah itu ambil semangkuk adunan telur dan campurkan tepung sedikit-sedikit dahulu. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Panaskan acuan dengan menyalakan bara api di atas dan bawah acuan. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tuang sesudu adunan bagi setiap acuan. Jangan terlalu penuh. Tutup acuan. Pastikan api tidak terlalu panas. Bakar hingga kekuningan. Angkat acuan dan keluarkan kuih.

Tuesday, June 29, 2010

biskut badam bercoklat


Bahan-Bahan:
3 suku cawan gula icing
½ cawan biji telur
tepung gandum secukupnya
badam biji secukupnya(bakar dalam oven)
badam hancur secukupnya

coklat cooking
mangkuk kertas kecil(hitam)

Cara:
Putar marjerin dngan gula icing hingga kembang. Masukkan telur putar lagi. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga menjadi doh. Ambil adunan tadi dibuat bulat dan dibuat lubang ditengahnya untuk dimasukkan badam biji tadi kemudian letakkan adunan tadi dalam mangkuk kertas. Apabila sudah siap bakar hingga masak. Biskut yang sudah dibakar dicelupkan kedalam coklat cooking yang telah diwapkan terlebih dahulu. Kemudian taburkan badam hancur ke atas biskut yang sudah dicelup dengan coklat tadi.

kek lapis winter sonata

silalah cuba ,jika reti dan cukup bahan


Bahan-Bahan:
20 biji putih telur

16 oz. mentega
1½ gelas tepung jagung
1½ gelas tepung jagung
1 gelas gula kastor
½ gelas serbuk coffee Mate
1 tin kecil Nestle Reduced Cream
1 sudu makan perisa vanilla
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh butter oil
3oz air sejuk
Pewarna Kuning dan hijau Muda


Cara:
1. Pukul mentega hingga naik dan putih, ketepikan.
2. Pukul putih telur dengan gula sampai kembang dan sebati.
3. Lepas itu campurkan kedua-dua adunan itu lalu digaul rata.
4. Kemudian itu masukkan tepung jagung, tepung Hong Kong dan ovalette, gaul rata-rata.
5. Akhir sekali masukkan air sejuk serta gaul hingga ia sebati. Selepas itu, bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian iaitu: -bahagian I - Nestle Reduced Cream dan butter oil (dibahagi 2) -bahagian II - Serbuk coffee Mate dan perisa vanilla serta warna hijau muda -bahagian III - warna kuning
6. Lapis adunan I dahulu yg dibahagi tadi sampai masak, bila ia masak, lapiskan adunan II sebanyak 4 sudu makan
7. Bakar hingga masak dan bila masak, lapiskan pula adunan III sebanyak 4 sudu makan, juga sampai masak
8. Buatlah begitu berlapis-lapis hingga habis dan masak untuk adunan II dan III dan apabila ia masak kesemuanya barulah lapis adunan terakhir iaitu adunan I tadi utk penutup kek ini, bakarlah sampai ia masak dan teratur.