Tahukah Anda ?

20 KAUM DI BANDAR MELAKA

Pada zaman Kerajaan Melayu Melaka, terdapat lebih 20 jenis kaum tinggal di bandar Melaka.
Antara kaum yang utama ialah orang Melayu, Jawa, Bugis, Cina, India, dan pelbagai keturunan dari Timur Tengah (Arab).

Mereka hidup aman dan harmonis, walaupun berlainan agama, budaya, dan pekerjaan.

Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan kaum (lingua franca) yang menyatukan semua kaum tersebut. Malahan, budaya Melayu telah diterima oleh kaum Cina menjadi budaya Baba dan Nyonya.
 
 
838,392
Sehingga tahun 2005, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) telah menghasilkan 241 buah buku daftar, glosari, dan kamus istilah dengan 838,392 istilah.

Pembinaan istilah ini merangkumi pelbagai bidang, termasuk Sains Asas, Sains Gunaan, dan Sains Kemasyarakatan.

Jumlah ratusan ribu istilah ini mampu menjadikan bahasa Melayu berwibawa dan bahasa ilmiah dalam membina tamadun bangsa yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan progresif
 
 
3 JENIS REVOLUSI DUNIA
Dunia hari ini semakin pesat berubah. Revolusi Pertanian pada akhir kurun ke-17 beralih kepada Revolusi Perindustrian pada kurun ke-18 dan 19. Hari ini, dunia menyaksikan ledakan maklumat yang berlaku secara global dan membawa kepada tercetusnya revolusi ketiga dunia, iaitu teknologi maklumat (TM) sebagai penerajunya yang akan mengubah peradaban manusia